PHNOM PENH: Ibarat rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi.
Kira-kira tiga hari sebelum pembukaan rasmi temasya Sukan SEA 2023 Jumaat ini, tuan rumah dilihat masih bertungkus-lumus dalam menyiapkan kemudahan termasuk venue dan perkampungan sukan utama atlet yang terletak di Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo, kira-kira setengah jam perjalanan dari sini.
Walaupun enam blok pangsapuri berwarna putih yang menjadi perkampungan sukan atlet tersergam indah hampir 200 meter dari Stadium Nasional Morodok Techo, dari sini, namun hakikatnya masih wujud sebilangan unit pangsapuri yang belum siap sepenuhnya dengan keadaan berhabuk serta pelekat pula masih belum ditanggalkan di beberapa tingkap unit tersebut.
Tinjauan Bernama juga mendapati, para kontraktor juga sedang sibuk melakukan kemasan terakhir dengan menampal beberapa poster gergasi melibatkan maskot utama Sukan SEA 2023 yang merupakan dua ekor arnab dikenali Borey dan Rumdoul di pusat akuatik yang boleh memuatkan 3,000 penonton pada satu-satu masa.
Malah, terdapat pekerja sedang giat mengecat di pintu masuk utama Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo yang dibina bagi menganjurkan temasya sukan dwitahunan itu dan kos pembinaan menelan belanja kira-kira AS$161 juta.
Bukan itu sahaja, venue acara kriket, AZ Ground Cricket Oval juga masih belum sempurna setakat pagi Selasa biarpun sukan tersebut telah membuka tirai pada Sabtu lepas.
Selain keadaan padang yang bertompok, masih terdapat pekerja giat memasang penghadang bagi menutup keseluruhan venue tersebut memandangkan lokasinya yang agak terbuka dan berada di tepi jalan raya di Hun Sen Boulevard.
Situasi tersebut sudah semestinya mengundang bahaya bagi para atlet serta penonton yang terpaksa 'berjemur' memandangkan tiada bumbung disediakan di tempat duduk penonton di venue tersebut.
Dalam pada itu, Timbalan ketua kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2023, Sharon Wee berkata biarpun tidak semua unit pangsapuri di perkampungan sukan tersebut siap, namun unit yang sudah tersedia berada dalam keadaan baik untuk dihuni para atlet.
Katanya, beliau memahami bahawa tuan rumah juga sedang cuba melakukan terbaik bagi menganjurkan Sukan SEA buat kali pertama di negara mereka.
"Atlet Malaysia pula berada dalam keadaan baik, selamat dan fokus terhadap aksi mereka (Sukan SEA 2023)," katanya kepada Bernama.
Sukan SEA 2023 yang masuk edisi ke-32 akan berakhir pada 17 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023
Venue acara kriket, AZ Ground Cricket Oval juga masih belum sempurna setakat pagi Selasa biarpun sukan tersebut telah membuka tirai pada Sabtu lepas. - Gambar Bernama
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.